30 Oktober 2010 - Hasil usaha ketua lorong saudara Famy satu gotong royong menyiapkan landcsape di hadapan setiap rumah telah di adakan untuk keseragaman . Seramai lebih kurang 10 orang bersama-sama melibatkan diri dalam program tersebut
Komuniti yang terdiri daripada seluruh penduduk di Jalan Taman Mulia 13,Taman Mulia Pajam
Ahad, 31 Oktober 2010
Tag Keselamatan
Pihak jawatankuasa Komuniti Jalan TM 13 telah memperkenalkan Tag Keselamatan sebagai penanda untuk di letakkan di rumah masing-masing dikhaskan kepada penduduk -penduduk Jalan Taman Mulia 13 yang telah membantu Jawatankuasa Keselamatan Taman Mulia Aster dalam membuat rondaan seluruh Taman mengikut jadual yang telah di tetapkan.
Sambutan Hari Raya peringkat Jalan Taman Mulia 13
3 Oktober 2010 - Komuniti Jalan Taman Mulia 13 telahpun menganjurkan sambutan hari raya yang di adakan di perkarangan Jalan Taman Mulia 13 di hadapan rumah ketua lorong saudara Famy Abd Rahman.Sambutan begitu menggalakaan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran daripada penduduk daripada berbilang bangsa.
Rumah Terbuka Saudara Solihin
15 September 2010 - Saudara Solihin salah seorang penduduk Jalan Taman Mulia 13 telahpun membuat rumah terbuka sempena sambutan aidil fitri di rumahnya bernombor 349.Jemputan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk -penduduk Jalan Taman Mulia 13 khususnya dan seluruh penduduk Taman Mulia Aster amnya.
Sabtu, 30 Oktober 2010
Pembangunan blog Jalan Taman Mulia 13
Blog ini di bina hasil persetujuan semua penduduk Jalan Taman Mulia 13.Blog ini merupakan satu medium untuk hebahan sebarang aktiviti -aktiviti yang di lakukan oleh komuniti Jalan Taman Mulia 13.
Langgan:
Ulasan (Atom)







