Ahad, 13 Februari 2011

Gotong Royong membina Papan Tanda Jalan TM 13

Pada 12 dan 13 February telah di adakan satu gotong royong bagi menaikkan papan tanda jalan bagi JalanTaman Mulia 13.Seramai lebih kurang 15 orang telah hadir membantu.Papan tanda yang di bina adalah menggunakan tayar terpakai.Di jangka akan di siapkan dalam masa terdekat.Dengan adanya Papan Tanda ini akan memudahkan ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang ingin datang ke rumah penduduk TM 13 khususnya memandangkan tiada lagi papan tanda yang di naikkan di Jalan Taman Mulia 13

Khamis, 2 Disember 2010

Aktiviti Jalan Taman Mulia 13 bagi bulan Disember

Adalah dimaklumkan beberapa akitiviti akan di adakan pada bulan Disember 2010.Di antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut :

a.  Majlis Tahlil dan doa selamat
     Tarikh     : 3 Disember 2010 (Jumaat)
     Masa      :  Selepas solat Isyak
     Tempat   :  Rumah Encik Famy (351)
*Kepada semua penghuni Jalan TM13 yang beragama Islam dijemput hadir

b.  Jemputan ke Majlis Perkahwinan (Saudara bagi Encik Shaharudin)
      Tarikh    :  11 Disember 2010 (Sabtu)
      Masa     :  1.45 tgh (Majlis Tahlil dan doa selamat)
                       s/s  - Akad Nikah
                       s/s -  Jamuan makan
      Tempat  :  Rumah Encik Shaharudin (385)
*Sejambak Bunga Mawar,Setapak Sirih,Semekar Senyuman Kami Hulurkan,Dengan segala kesyukuran kami mempersilakan Tuan/Puan Penghuni Jalan TM 13 sekeluarga ke majlis walimatul urus saudara kami yang berlangsung di rumah kami.Kehadiran dan doa restu Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan terima kasih

Rabu, 17 November 2010

Gotong Royong memasang panjut

15 November 2010 - Satu gotong-royong memasang panjut di setiap rumah di Jalan Taman Mulia 13 telah di lakukan bermula jam 8.30 malam.Ini adalah bertujuan untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini.








AKTIVITI SAMBUTAN AIDILADHA JALAN TM 13


Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha beberapa aktiviti akan diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Di antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

         a.      Tadbir Hari Raya Aidiladha dari rumah ke rumah  
                   Tarikh        :        16 November 2010 (Selasa)
                   Masa         :        9.00 malam hingga selesai
                   Tempat      :        Rumah Tn. Hj. Jaafar (401)

                   * Kepada yang berkelapangan dimohon untuk hadir beramai-ramai.

         b.      Majlis Jamuan Hari Raya Aidiladha

                   Tarikh        :        17 November 2010 (Rabu)
                   Masa         :        10.00 pagi
                   Tempat      :        Di pekarangan rumah no. 393

               * Untuk Jamuan Hari Raya setiap penghuni dimohon membawa                   
                  juadah masing-masing untuk sama-sama kita menikmatinya

Ahad, 31 Oktober 2010

Gotong Royong di Jalan Taman Mulia 13

30 Oktober 2010 - Hasil usaha ketua lorong saudara Famy satu gotong royong menyiapkan landcsape di hadapan setiap rumah telah di adakan untuk keseragaman . Seramai lebih kurang 10 orang bersama-sama melibatkan diri dalam program tersebut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...