Adalah dimaklumkan beberapa akitiviti akan di adakan pada bulan Disember 2010.Di antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut :
a. Majlis Tahlil dan doa selamat
Tarikh : 3 Disember 2010 (Jumaat)
Masa : Selepas solat Isyak
Tempat : Rumah Encik Famy (351)
*Kepada semua penghuni Jalan TM13 yang beragama Islam dijemput hadir
b. Jemputan ke Majlis Perkahwinan (Saudara bagi Encik Shaharudin)
Tarikh : 11 Disember 2010 (Sabtu)
Masa : 1.45 tgh (Majlis Tahlil dan doa selamat)
s/s - Akad Nikah
s/s - Jamuan makan
Tempat : Rumah Encik Shaharudin (385)
*Sejambak Bunga Mawar,Setapak Sirih,Semekar Senyuman Kami Hulurkan,Dengan segala kesyukuran kami mempersilakan Tuan/Puan Penghuni Jalan TM 13 sekeluarga ke majlis walimatul urus saudara kami yang berlangsung di rumah kami.Kehadiran dan doa restu Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan terima kasih
Komuniti yang terdiri daripada seluruh penduduk di Jalan Taman Mulia 13,Taman Mulia Pajam
Khamis, 2 Disember 2010
Rabu, 17 November 2010
Gotong Royong memasang panjut
15 November 2010 - Satu gotong-royong memasang panjut di setiap rumah di Jalan Taman Mulia 13 telah di lakukan bermula jam 8.30 malam.Ini adalah bertujuan untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini.
AKTIVITI SAMBUTAN AIDILADHA JALAN TM 13
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha beberapa aktiviti akan diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Di antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
a. Tadbir Hari Raya Aidiladha dari rumah ke rumah
Tarikh : 16 November 2010 (Selasa)
Masa : 9.00 malam hingga selesai
Tempat : Rumah Tn. Hj. Jaafar (401)
* Kepada yang berkelapangan dimohon untuk hadir beramai-ramai.
b. Majlis Jamuan Hari Raya Aidiladha
Tarikh : 17 November 2010 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Di pekarangan rumah no. 393
juadah masing-masing untuk sama-sama kita menikmatinya
Rabu, 10 November 2010
Program Percutian Keluarga
SMS dari saudara Ruslen (358)
Pengesahan boleh di buat dengan sms ke talian 0192618886(Ruslen) atau di ruangan komen.
Ahad, 31 Oktober 2010
Gotong Royong di Jalan Taman Mulia 13
30 Oktober 2010 - Hasil usaha ketua lorong saudara Famy satu gotong royong menyiapkan landcsape di hadapan setiap rumah telah di adakan untuk keseragaman . Seramai lebih kurang 10 orang bersama-sama melibatkan diri dalam program tersebut
Tag Keselamatan
Pihak jawatankuasa Komuniti Jalan TM 13 telah memperkenalkan Tag Keselamatan sebagai penanda untuk di letakkan di rumah masing-masing dikhaskan kepada penduduk -penduduk Jalan Taman Mulia 13 yang telah membantu Jawatankuasa Keselamatan Taman Mulia Aster dalam membuat rondaan seluruh Taman mengikut jadual yang telah di tetapkan.
Sambutan Hari Raya peringkat Jalan Taman Mulia 13
3 Oktober 2010 - Komuniti Jalan Taman Mulia 13 telahpun menganjurkan sambutan hari raya yang di adakan di perkarangan Jalan Taman Mulia 13 di hadapan rumah ketua lorong saudara Famy Abd Rahman.Sambutan begitu menggalakaan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran daripada penduduk daripada berbilang bangsa.
Rumah Terbuka Saudara Solihin
15 September 2010 - Saudara Solihin salah seorang penduduk Jalan Taman Mulia 13 telahpun membuat rumah terbuka sempena sambutan aidil fitri di rumahnya bernombor 349.Jemputan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk -penduduk Jalan Taman Mulia 13 khususnya dan seluruh penduduk Taman Mulia Aster amnya.
Sabtu, 30 Oktober 2010
Pembangunan blog Jalan Taman Mulia 13
Blog ini di bina hasil persetujuan semua penduduk Jalan Taman Mulia 13.Blog ini merupakan satu medium untuk hebahan sebarang aktiviti -aktiviti yang di lakukan oleh komuniti Jalan Taman Mulia 13.
Langgan:
Ulasan (Atom)



















